TENTANG KAMI
Lembaga Pengarah
Irhas Global Sdn. Bhd merupakan Ejensi yang menjalankan perkhidmatan Perunding Pengurusan Pengagihan Risiko yang merangkumi keperluan individu, keluarga, masyarakat, hartabenda serta perniagaan.
Semenjak penubuhan sehingga kini, Irhas Global tidak pernah mengecewakan dan sentiasa dalam proses meneruskan keberkesanan operasi agar ianya dapat memuaskan hati setiap pelanggan.
Kami amat komited dan sentiasa bersedia menyediakan perkhidmatan yang terbaik serta berkualiti.
Irhas Global merupakan sebuah Ejensi yang berdaftar dengan LIAM, MTA, PIAM & FUTM dan kami menyediakan pelbagai pelan risiko dan solusi untuk perniagaan dan individu.
Ditubuhkan atas prinsip Tabligh, Siddiq, Fathonah dan Amanah.
Menawarkan perkhidmatan insurans perlindungan peribadi berkaitan pelaburan, komersil, kehidupan dan kesihatan
Memperlihatkan usaha yang konsisten untuk kesejahteraan setiap pelanggan dan perlindungan mereka.
VISI
Perunding Pengurusan Pengagihan Risiko bertaraf dunia dengan memberi sokongan padu dan menguntungkan kepada setiap pelanggan dalam khidmat industri kewangan.
MISI
Bersikap profesional sebagai Perunding Pengurusan Pengagihan Risiko dengan menyediakan pelbagai khidmat produk kewangan kepada setiap pelanggan.
TABLIGH & SIDDIQ
Menyampaikan setiap pembentangan secara jujur tanpa berselindung atau menyembunyikan fakta.
FATHONAH & AMANAH
Bijaksana dalam merangka setiap pembentangan dan bertanggungjawab secara prinsip dengan tidak mengambil kesempatan.
JAMINAN PERLINDUNGAN BERSAMA
Pertanggungjawaban untuk berkongsi risiko sesama ahli kumpulan dengan setiap ahli menyalurkan sumbangan, bilamana ada salah seorang ahli mengalami kegawatan atau kerugian kewangan manfaat dari sumbangan akan digunakan.
JUSTIFIKASI PERKHIDMATAN KAMI
Manusia harus berusaha menjaga kepentingan diri mereka…
“Ikatlah unta kamu dahulu, kemudian letakkan kepercayaan kamu kepada Allah” (HR Ibnu Hiban) –berkaitan hartabenda.
“Lebih baik bagi kamu untuk mati meninggalkan keturunan kamu yang kaya daripada meninggalkan mereka miskin, meminta bantuan dari orang lain” (HR Anas bin Malik) – berkaitan diri dan keluarga.