Perlindungan Perniagaan
Pemilik perniagaan bertaraf perbadanan perusahaan kecil dan sederhana (SME) pasti tahu betapa sukarnya untuk mengembangkan perusahaan. Sebagai seorang usahawan, anda mempunyai visi dan misi tersendiri untuk meneruskan legasi serta mengembangkan perniagaan anda dan sebagai seorang majikan, anda juga tahu kepentingan untuk menjaga dan melindungi pekerja anda kerana merekalah tunjang operasi dan penggerak kerja.
Dapatkan pelan perlindungan ini untuk kesejahteraan anda dan pekerja anda untuk perniagaan yang lebih maju dan terjamin. Dengan pengalaman dan kepakaran kami dalam pelan perlindungan ini, kami akan menjadi rakan strategik perniagaan anda yang dapat mengurangkan kebimbangan anda mengenai perlindungan perniagaan dan pekerja anda.
Pekerja Utama
Kehilangan seseorang pekerja utama kepada pesaing ataupun kematiannya boleh mengakibatkan
Syarikat akan kehilangan pendapatan perniagaan dan keuntungan.
Kehilangan keyakinan pihak kreditor, pinjaman menjadi sukar untuk diperolehi,
pinjaman mungkin ditarik balik dan pembekal akan menghantar keperluan atas
dasar bayaran tunai sahaja.
Kehilangan pelanggan-pelanggan penting dan utama.
Penambahan kos dalam mencari dan melatih seseorang pengganti.
- Pelan Bonus Eksekutif.
- Pelan Penangguhan Gaji.
- Pelan Tambahan Persaraan Eksekutif.
Kesinambungan Perniagaan
Kematian rakan kongsi perniagaan boleh mengakibatkan
- Pemilikan saham simati akan diserahkan kepada pewaris.
- Kesulitan dalam penjualan saham simati pada nilai pasaran semasa.
- Kekurangan wang tunai bagi kewajipan menyelesaikan hutang rakan kongsi simati dan kewangan yang lain.
- Gangguan pengurusan yang serius. Waris yang tidak berkelayakan mungkin ingin menjadi aktif dalam syarikat atau mereka mungkin menjual saham yang dimiliki kepada orang luar atau bahkan pesaing.
- Pemiutang mendesak pembayaran hutang dengan segera.
- Kehilangan keuntungan dan ketidaktentuan tentang kejayaan masa depan perniagaan.
Penyelesaian ini sesuai KERANA……..
Jaminan penjualan saham perkongsian yang adil dan telus.
- Menyediakan kelancaran pemindahan kepentingan rakan kongsi jika berlaku kematian atau kecacatan.
- Memastikan kecairan saham, penyediaan dana untuk kepentingan keluarga simati.