Pekerja
Jaminan Insuran Pekerja Asing
Ini adalah surat jaminan yang diperlukan oleh Jabatan Imigresen daripada anda sebagai deposit jaminan untuk pengambilan pekerja-pekerja asing (tidak termasuk Pembantu Rumah Asing) di bawah Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Imigresen.
Jaminan Insurans ini akan menjadi jaminan kepada Jabatan Imigresen untuk menampung perbelanjaan penghantaran balik sekiranya pekerja asing dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk dihantar balik ke negara asal mereka semasa berada di Malaysia. Tempoh perlindungan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen bergantung kepada permit kerja sama ada tiga belas (13) bulan, lapan belas (18) bulan atau dua puluh enam (26) bulan. Majikan perlu membeli jaminan baru apabila memperbaharui permit pekerja.
Pekerja Asing Perlindungan Tambahan
Pekerja Asing – Perlindungan Tambahan (FWPLUS) direka bentuk untuk majikan yang ingin meningkatkan liputan kemalangan peribadi untuk pekerja asing mereka.
Polisi ini memberi perlindungan dan pampasan untuk kecederaan semasa waktu bekerja atau di luar waktu bekerja yang dialami oleh pekerja asing disebabkan oleh kemalangan sahaja.
*Tempoh perlindungan adalah untuk satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.
Faedah | Jumlah Yang Diinsuranskan |
Kematian | RM10,000 |
Hilang Upaya Kekal (Kemalangan sahaja) | RM10,000 |
Belanja Perubatan dan Pembedahan (Kemalangan sahaja) | RM2,000 |
Pampasan Pekerja
Pelindungan ini melindungi anda sebagai seorang majikan berhubung dengan liability undang-undang anda di bawahAkta Pampasan Pekerja dan juga Common Law terhadap pekerja-pekerja anda yang biasanya tidak terlindung oleh SOCSO..
Pelindungan ini menanggung rugi anda terhadap semua jumlah yang harus tanggung untuk membayar pampasan kepada manamana pekerja ke atas kecederaan diri yang berpunca daripada kemalangan atau penyakit pekerjaan yang timbul dan di dalam tempoh penggajiannya di bawah:
- Akta Pampasan Pekerja 1952 dan pindaan seterusnya pada Akta tersebut atau
- Common Law. Had Common Law yang standard ialah RM1,000,000 setiap kemalangan dan dalam aggregate.
*Tempoh perlindungan ialah selama setahun (kecuali risiko projek). Anda dikehendaki membaharui polisi insurans anda setiap tahun.