Marin
Kargo Marin
Perlindungan ini menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan barangan yang dihantar melalui semua jenis pengangkutan (melalui air, udara, darat dan kereta api), dari titik asal gudang ke titik destinasi gudang, termasuk tempat simpanan sampingan.
Terdapat 3 jenis perlindungan berdasarkan ungkapan London Institute:
- Institute Cargo Clauses (A) 1.1.82 menyediakan perlindungan Semua Risiko
- Institute Cargo Clauses (B) 1.1.82 menyediakan perlindungan terhad untuk:
- kebakaran atau letupan kapal yang terdampar, terkandas, tenggelam atau terbalik
- pengangkutan darat yang terbalik atau tergelincir
- perlanggaran atau pertembungan kapal dengan objek luaran
- pelepasan kargo di pelabuhan kecemasan
- gempa bumi, letusan gunung berapi atau kilat
- pengorbanan purata am
- pembuangan muatan atau kegelinciran muatan daripada kapal
- kemasukan air laut, tasik atau sungai ke dalam kapal, pesawat, kontena, kotak pengangkut atau tempat simpanan
- kerugian menyeluruh ke atas mana-mana pakej yang hilang di laut atau terjatuh semasa pemunggahan ke kapal, atau pemunggahan dari kapal
(c) Institute Cargo Clauses (C) 1.1.82 menyediakan perlindungan yang lebih terhad untuk:
- kebakaran atau letupan kapal yang terdampar, terkandas, tenggelam atau terbalik
- pengangkutan darat yang terbalik atau tergelincir
- perlanggaran atau pertembungan kapal dengan apa-apa objek luar
- pelepasan kargo di pelabuhan kecemasan
- pengorbanan purata am
- pembuangan muatan
(d) Perlindungan tambahan. Risiko Perang, Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam boleh dilanjutkan tertakluk kepada bayaran premium tambahan, tertakluk kepada Institute War Clauses (Cargo) 1.1.82 dan Institute Strikes Clauses (Cargo) 1.1.82
(e) Tempoh : Insurans berkuatkuasa di bawah Institute Cargo Clauses 1.1.82 bermula dari masa barangan dibawa keluar dari gudang di pelabuhan pemunggahan sehingga tiba di gudang destinasi yang dinyatakan dalam polisi atau enam puluh (60 hari) selepas barangan dipunggah sepenuhnya dari kapal di pelabuhan terakhir, mana-mana yang berlaku terlebih dahulu.
(f) Polisi atau sijil Kargo Marin dikeluarkan untuk setiap penghantaran.
Badan Kapal Marin
Pelindungan ini menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan Kapal semasa digunakan dalam operasi perdagangan yang dipersetujui.
Jenis perlindungan utama yang disediakan berdasarkan ungkapan London Institute:
- Institute Time Clauses – Hulls 1.10.83 menyediakan perlindungan Kerugian Separa dan Kerugian Menyeluruh ke atas kapal yang diinsuranskan.
- (ii) Institute Time Clauses – Hulls – Total Loss Only 1.10.83 menyediakan perlindungan Kerugian Menyeluruh ke atas kapal yang diinsuranskan.
(a) Risiko asas yang dilindungi di bawah Institute Time Clauses adalah:
- bencana air laut, sungai, tasik atau lain-lain perairan yang dilayari
- kebakaran atau letupan
- kecurian berserta keganasan yang dilakukan oleh individu luar kapal
- pembuangan muatan
- kerosakan atau kemalangan pada alat terpasang nuklear atau reaktor
- pertembungan dengan pesawat atau objek seumpamanya, pengangkutan darat, peralatan limbungan atau pemasangan
- gempa bumi, letusan gunung berapi atau kilat
(b) Risiko yang dilindungi tertakluk kepada peruntukan usaha wajar. Kerugian atau kerosakan Kapal mestilah bukan disebabkan oleh pengabaian daripada Pihak Diinsuranskan, Pemilik atau Pengurus atas sebab:
- kemalangan semasa pemunggahan, pelepasan atau peralihan kargo atau bahan api
- dandang yang meletup, aci yang pecah atau apa-apa kecacatan pendam di dalam mesin atau badan kapal
- kecuaian Pegawai Master, Anak Kapal atau Kapten Kapal
- kecuaian pembaik atau penyewa kapal dengan syarat pembaik atau penyewa kapal berkenaan bukan Pihak yang Diinsuranskan
- pemfitnahan oleh Pegawai Master atau Anak Kapal
(iii) Perlindungan Tambahan boleh dilanjutkan tertakluk kepada bayaran premium tambahan:
- Risiko Perang dan Mogok tertakluk kepada Institute War and Strikes Clauses 1.10.83
- Liabiliti Perlanggaran boleh diinsuranskan untuk kadar penuh 4/4ths berbanding 3/4ths
(iv) Tempoh: Tertakluk kepada pembaharuan tahunan. Insurans Badan Kapal berkuatkuasa untuk suatu tempoh masa, iaitu selama tempoh 12 bulan