Liabiliti

Ralat & Ketinggalan untuk Syarikat Pengurusan

Pelindungan ini akan membayar bagi pihak Pihak Diinsuranskan, Kerugian (amaun yang mana pihak diinsuranskan berkewajipan sah untuk membayar berhubung dengan penyelesaian, pemberian untuk ganti rugi atau kos-kos, dan kos dan perbelanjaan perundangan) yang timbul daripada mana-mana Tuntutan yang pertama kali dibuat semasa Tempoh Insurans untuk sebarang Salah Laku di dalam Daerah Dilindungi selepas Tarikh Retroaktif yang dinyatakan di dalam Jadual..   

Pelindungan ini meliputi:

  • Salah Laku (perwakilan, salahnyataan, pernyataan mengelirukan, ralat, ketinggalan, libel, fitnah, tuduhan, kecuaian, kemungkiran tugas-tugas fidusiari atau sebarang tindakan lain sebenar atau dikatakan dibuat oleh Pihak Diinsuranskan di dalam keupayaan mereka bertindak sedemikian)
  • Dilanjutkan untuk merangkumi Ahli-ahli Jawatankuasa, Pemegang Polisi (entiti), Pasangan Sah serta Harta Tanah Pihak Diinsuranskan, Waris-waris atau Wakil-wakil Sahnya; 
  • Indemniti untuk Kos-kos Pembelaan; 
  • Indemniti untuk Ganti Rugi/Penyelesaian; 

*Tempoh perlindungan ialah untuk satu tahun. Anda perlu memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.

SME Liabiliti Para Pengarah
& Pegawai

Polisi Insurans Liabiliti Para Pengarah dan Pegawai (polisi D & O) menyediakan perlindungan kewangan kepada para pengarah dan pegawai jika mereka disaman ketika melaksanakan tugas mereka. Di samping bayaran ganti rugi terhadap penghakiman atau penyelesaian, polisi ini turut membayar balik kos-kos pembelaan. 

Allianz Protect SME – Insurans Para Pengarah dan Pegawai direka untuk membantu melindungi sebilangan besar syarikat bersaiz kecil ke sederhana. Produk ini tersedia untuk syarikat-syarikat menguntungkan yang telah menjalankan perniagaan selama lebih daripada dua tahun dengan perolehan tahunan sehingga RM100 juta. . 

Fasal Menginsurans 1.1: Para Pengarah dan Pegawai 

Penanggung insurans akan membayar kepada atau bagi pihak Pihak Diinsuranskan untuk sebarang kerugian yang timbul daripada Tuntutan dibuat pertama sekali terhadap Pihak Diinsuranskan semasa Tempoh Polisi. 

Fasal Menginsurans 1.2: Pembayaran Balik Syarikat 

Penanggung insurans akan membayar kepada atau bagi pihak Syarikat sebarang Kerugian yang timbul daripada mana-mana Tuntutan yang dibuat pertama kali terhadap Pihak Diinsuranskan semasa Tempoh Polisi ke takat Syarikat telah melindungi Pihak Diinsuranskan tersebut berhubung dengan Kerugian itu secara sah. 

Fasal Menginsurans 1.3: Kos Perwakilan Perundangan 

Penanggung Insurans akan membayar kepada atau bagi pihak Pihak Diinsuranskan sebarang Kos Perwakilan Perundangan yang timbul daripada Siasatan yang dibuat pertama kali semasa Tempoh Polisi. Penanggung Insurans akan membayar sehingga had bawahan yangdinyatakan. 

Berikut adalah lanjutan auto b Anak Syarikat Baru 

    • Kos Pembelaan untuk Tuntutan di bawah Bahagian 46 Akta Wang Simpanan Pekerja 1991.

Liabiliti Majikan

Pelindungan ini melindungi anda sebagai seorang majikan kerana anda mungkin menanggung risiko disaman oleh pekerja-pekerja yang tidak dilindungi oleh Akta Pampasan Pekerja atau SOCSO.

Pelindunga ini menanggung rugi anda terhadap liability undang-undang untuk membayar pampasan dan kos dan pembelanjaan kepada pekerja-pekerja anda berhubung dengan kecederaan badan akibat kemalangan atau menghidap penyakit yang terbit daripada dan di dalam tempoh penggajiannya. Had Common Law yang standard ialah RM1,000,000. 

*Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki membaharui polisi insurans anda setiap tahun.

Liabiliti Am Komprehensif

Pelindungan ini adalah untuk melindungi Pihak Diinsuranskan terhadap liabiliti pihak ketiga termasuk kos dan perbelanjaan yang ditanggung semasa tempoh indemniti dan disebabkan oleh kejadian berhubung dengan perniagaan Pihak Diinsuranskan. 

Pelindungan ini akan melindungi Pihak Diinsuranskan sehingga ke takatindemniti;-

  • Apabila Pihak Diinsuranskan berkewajipan secara sah untuk membayar sebagai ganti rugi untuk 
  1. a) Kecederaan tubuh badan kepada pihak ketiga atau 
  2. b) Kerosakan kepada harta ketara pihak ketiga 
  • Sebagai hasil daripada pelaksanaan kerja kontrak 
  • Asalkan liabiliti tersebut kepada kecederaan tubuh badan pihak ketiga atau kerosakan kepada hartanya berlaku semasa tempoh polisi. 

Tambahan pula, polisi ini turut membayar untuk kos perundangan dan perbelanjaan pembelaan tuntutan tersebut dan terangkum sebagai sebahagian daripada hadindemniti. 

Tambahan perlindungan : 

  • Lebihan Liabiliti Automobil 
  • Liabiliti Berkontrak 
  • Liabiliti Pencemaran secara Tiba-tiba dan Tidak Disengajakan 
  • Kerosakan kepada harta sedia ada Prinsipal 

*Tempoh Indemniti adalah sama dengan tempoh kontrak tetapi mempunyai tempoh ganti rugi maksimum 36 bulan atau 12 bulan dan boleh diperbaharui selepas luput. 

Indemniti Profesional

Pelindungan ini melindungi Pihak Diinsuranskan bagi jumlah-jumlah yang mana Pihak Diinsuranskan, sebagai hasil daripada pekerjaan yang dilaksanakan pihak diinsuranskan, berkewajipan secara sah membayar sebagai ganti rugi untuk kerugian yang disebabkan oleh insiden yang bertempat dalam lingkungan Had Kedaerahan yang dinyatakan di dalam jadual Polisi selepas Tarikh Retroaktif yang dinyatakan di dalam Jadual Polisi dan sebelum tempoh polisi berakhir. . 

Polisi ini melindungi: 

  • Insiden (Sebarang perlakuan kecuaian sebenar atau dikatakan dibuat, ralat atau ketinggalan dalam melaksanakan pekerjaan Pihak Diinsuranskan) 
  • Dilanjutkan untuk merangkumi sebuah Perkongsian atau Usaha Sama, para Pekerja Pihak Diinsuranskan serta Hartanah Pihak Diinsuranskan, Waris-waris atau Wakil-wakilSahnya; 
  • Indemniti untuk Kos-kos Pembelaan; 
  • Indemniti untuk Ganti Rugi; 

Anda boleh melanjutkan perlindungan kepada risiko-risiko berikut dengan membayar premium tambahan: 

  • Libel & Fitnah 
  • Kehilangan Dokumen-dokumen 
  • Ketidakjujuran Para Pekerja 
  • Para Perunding, Kontraktor Bawahan dan Ejen 
  • Kemasukan dan Persaraan Rakan Kongsi 
  • Harta Intelek 
  • Entiti atau Anak Syarikat yang Baru Dibentuk atau Diambil Alih 
  • Perniagaan Rakan Kongsi Sebelum Ini 
  • Perlindungan Cabut Lari 

*Tempoh perlindungan ialah untuk satu tahun. Anda perlu memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.

Lapisan Lebihan Indemniti Profesional untuk Para Peguam

Pelindungan ini adalah sebuah polisi Insurans Indemniti Profesional untuk para Peguam dalam lebihan Indemniti Mandatori di bawah Skim Badan Peguam. Polisi ini diguna pakai untuk para peguam di Malaysia Timur sahaja.

Polisi ini melindungi Pihak Diinsuranskan untuk Ganti Rugi sehinnga tetapi tidak melebihi, dalam agregat, jumlah yang dinyatakan di dalam Jadual Polisi sebagai Had Indemniti, untuk sebarang tuntutan yang pertama kali dibuat, terhadap mana-mana atau semua Pihak Diinsuranskan, semasa Tempoh Insurans berhubung sebarang liabiliti awam yang ditanggung ketika dalam perjalanan perilaku Profesion oleh Amalan tersebut, asalkan tiada liabiliti di bawah ini untuk sebarang tuntutan yang dibuat terhadap Pihak Diinsuranskan dengan alasan sebarang tindakan, ralat atau ketinggalan yang berlaku atau dikatakan dibuat sebelum Tarikh Retroaktif yang dinyatakan di dalam Jadual Polisi. 

Syarikat akan hanya berkewajipan di bawah insurans ini bagi Ganti Rugi dalam lebihan kepada Ganti Rugi di dalam amaun Deduktibel yang dinyatakan di dalam Jadual Polisi. 

Polisi ini akan membayar Kos-kos Pembelaan, yang boleh dibayar dalam lingkungan Had Indemniti yang dinyatakan di dalam Jadual Polisi, asalkan sesebuah bayaran Ganti Rugi melebihi had indemniti Polisi Utama telah dibuat untuk melupuskan sesebuah tuntutan. Syarikat akan menyumbang kepada Kos-kos Pembelaan dalam pembahagian langsung pembayaran bahagian Syarikat untuk tanggungan Ganti Rugi kepada Jumlah Ganti Rugi yang perlu dibayar, walau bagaimanapun Indemniti Maksimum syarikat Ganti Rugi dan Kos-kos Pembelaan seharusnya tidak melebihi Had Indemniti yang dinyatakan di dalam JadualPolisi. 

Tempoh perlindungan ialah untuk satu tahun. Anda perlu memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.

Percubaan Klinikal

Polisi ini adalah untuk melindungi tuntutan yang dibuat oleh peserta percubaan ke atas Pihak Diinsuranskan yang menjalankan penyelidikan dan percubaan klinikal. 

Polisi ini memberi jaminan ganti rugi ke atas Pihak Diinsuranskan seperti penaja percubaan, termasuk syarikat farmasi dan organisasi penyelidikan berkontrak sehingga ke had indemnity, terhadap liabiliti yang dikenakan mengikut undang-undang yang sah bagi membayar gantirugi ke atas kecederaan yang dialami oleh peserta percubaan disebabkan penyertaan peserta di dalam Percubaan Klinikal;-

  • Yang bermula semasa di dalam tempoh insurans 
  • Yang dilaksanakan di Malaysia
  • Yang telah diberitahu dan di terima oleh Penanggung Insurans secara bertulis; dan 
  • Untuk tuntutan dibuat pertama sekali terhadap Pihak Diinsuranskan 

Liabiliti Awam

Pelindungan ini melindungi liabiliti undang-undang anda terhadap pihak ketiga akibat daripada kemalangan yang berlaku dalam tempoh perlindungan berkaitan dengan operasi perniagaan anda dan berlaku di dalam skop wilayah.

Polisi ini menanggung rugi anda terhadap: 

Kesemua jumlah yang menjadi liabiliti undang-undang anda untuk membayar pampasan berhubung dengan:

  • kecederaan badan (termasuk penyakit) terhadap mana-mana orang dan/atau 
  • kerugian atau kerosakan 

Kesemua kos dan pembelanjaan terhadap tindakan undang-undang 

  • yang diperolehi semula oleh mana-mana pihak menuntut terhadap anda 
  • yang dibelanjakan dengan kebenaran bertulis pihak kami 

*Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki membaharui polisi insurans anda setiap tahu.

Liabiliti Produk

Liabiliti Produk ialah liabiliti Pihak Diinsuranskan untuk membayar gantirugi ke atas kecederaan atau kerosakan harta benda yang dialami oleh pihak ketiga disebabkan oleh kecacatan produk yang dibekalkan, diagihkan atau yang dijual. Liabiliti disebabkan oleh kecacatan produk boleh timbul disebabkan oleh kecuaian didalam proses pengeluaran, rekaan, simpanan, bungkusan ataupun pemasaran termasuk informasi produk seperti memberi gambaran yang salah, kegagalan memberi amaran atau arahan penggunaan.

Insurans Liabiliti Produk menyediakan indemniti terhadap pengeluar, pengagih atau pembekal produk terhadap apa-apa potensi dedahan liabiliti. Pencadang perlu menetapkan had indemniti bersesuaian yang setaraf dengan potensi dedahan liabiliti. Had kawasan yang dilindungi adalah bergantung kepada di mana produk itu dipasarkan atau diekspot. 

Liabiliti Produk melindungi Pihak Diinsuranskan terhadap semua jumlah yang Pihak Diinsuranskan akan menanggung untuk membayar sebagai pampasan kerosakan ke atas kejadian yang berlaku di mana-mana di dalam had kawasan ke atas kecederaan atau kehilangan atau kerosakan harta benda berpunca dari tuntutan yang dibuat secara bertulis terhadap pihak diinsuranskan semasa tempoh poliisi disebabkan oleh kemalangan selepas Tarikh Retroaktif. 

Disamping kerosakan, Penanggung Insurans akan melindungi Pihak Diinsuranskan untuk jumlah yang Pihak Diinsuranskan perlu bayar sebagai Kos Undang-undang dan Lain-lain Perbelanjaan, asalkan perlindungan maksima untuk Kos Undang-Undang and Lain-lain Perbelanjaan tidak melebihi HadIndemniti. 

*Tempoh Perlindungan adalah setahun. Anda perlu mempebaharui polisi insurans anda setiap tahun.