Kejuruteraan & Mesin
Risiko Kontraktor
Pelindungan ini direka untuk memenuhi keperluan insurans ditetapkan kepada kontraktor di bawah syarat kontrak. Polisi ini melindungi perjalanan kerja berkaitan dengan kontrak, kerja-kerja sementara, bahan-bahan, peralatan jentera yang digunakan ditapak binaan dan liabiliti yang terbit semasa perlaksanaan kontrak tersebut. Dengan tambahan premium, perlindungan polisi boleh diperluaskan meliputi loji dan peralatan pembinaan, pembuangan puing, fi professional dan harta berlokasi di premis prinsipal..
Seksyen 1 – Kerosakan Bahan
Ia melindungi hampir kesemua barang kepada sebarang kemungkinan kerugian fizikal atau kerosakan berkaitan (kecuali yang telah dinyatakan dalam pengecualian polisi) kepada kerja tersebut/ harta benda / barangan yang telah diinsurans, semasa tempoh insurans
Seksyen 2 – Liabiliti Pihak Ketiga
Seksyen ini mengambil kira liabiliti pihak ketiga yang mana secara tidak langsung sah dibayar akibat kerosakan tersebut di mana kami perlu bayar mengikut undang-undang pampasan akibat dari:
(i) Kecederaan dan kesakitan badan akibat kemalangan kepada pihak ketiga
(ii) Kehilangan atau kerosakan pada harta kepunyaan pihak ketiga.
*Tempoh perlindungan adalah berpadanan dengan tempoh perjanjian yang mana dinyatakan di dalam Surat Penganugerahan.
Risiko Pendirian
Pelindungan ini direka untuk memenuhi keperluan insurans ditetapkan kepada kontraktor di bawah syarat kontrak. Polisi ini melindungi perjalanan kerja berkaitan dengan kontrak, kerja-kerja sementara, bahan-bahan, peralatan jentera yang digunakan ditapak binaan dan liabiliti yang terbit semasa perlaksanaan kontrak tersebut.
Dengan tambahan premium, perlindungan polisi boleh diperluaskan meliputi kerja-kerja kejuruteraan sivil, kerjakerja pendirian, pembuangan puing, fi professional dan harta berlokasi di premis prinsipal.

Dandang & Bejana Tekanan

Pelindungan ini menyediakan perlindungan terhadap:
- Kerugian atau kerosakan (selain daripada oleh kebakaran) pada dandang atau bejana tekanan
- Kerosakan ke atas harta yang bukan kepunyaan Phak Diinsuranskan
- Liabiliti pihak diinsuranskan di sisi undang-undang atas sebab kecederaan maut dan bukan maut ke atas sesiapa sahaja selain para pekerja atau petugas pihak diinsuranskan ataupun ahli keluarga pihak diinsuranskan.
* Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun
Kerosakan Jentera
Pelindungan ini menyediakan perlindungan untuk loji, jentera dan kelengkapan mekanikal semasa bekerja dalam keadaan pegun atau semasa operasi penyelenggaraan.
Pelindungan ini menyediakan perlindungan terhadap kejutan atau kemungkinan kerosakan fizikal kepada jentera sama ada semasa bekerja atau dalam keadaan pegun dan semasa pencucian, pemeriksaan, baikpulih dan pemindahan ke tempat lain di dalam lingkungan premis semasa tempoh pemasangan semula.
*Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.
Risiko Kejuruteraan Sivil Sempurna
Pelindungan ini menyediakan lindungan bagi kerugian atau kerosakan pada harta atau sktruktur kejuruteraan awam anda yang siap.
Pelindungan ini melindungi kerugian atau kerosakan pada harta atau struktur kejuruteraan awam anda yang siap yang timbul daripada peril yang berikut:
- Kebakaran, kilat, letupan, hentaman oleh kenderaan bawaan darat/bawaan air
- Hentaman oleh pesawat udara, peranti udara
- Gempa bumi, volkanisme, tsunami
- Ribut
- Banjir, bah, tindakan ombak, air
- Penenggelaman, tanah runtuh, batu runtuh
- Fros, salji runtuh, ais
- Vandalisme
* Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.
Loji & Jentera Kontraktor
Pelindungan ini melindungi Loji dan Jentera Kontraktor yang digunakan oleh kontraktor di tapak untuk pelbagai projek.
Pelindungan ini melindungi Loji dan Jentera Kontraktor yang mengalami apa-apa kehilangan atau kerosakan akibat sebarang sebab yang tidak dikecualikan dengan tetap dengan cara yang memerlukan pembaikan atau penggantian. Ia melindungi benda-benda yang berinsurans itu sedang digunakan atau didiamkan berehat, atau semasa ia sedang dibongkar bagi tujuan pembersihan atau dirongkahan (overhaul), ataupun semasa ia sedang beroperasi seperti yang disebutkan sebelum ini, atau semasa ia sedang didirikan semula.
*Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.
Kemerosotan Stok Dalam Simpanan Sejuk
Pelindungan ini menyediakan lindungan bagi Kemerosotan Stok Dalam Simpanan Sejuk atas sebab kerosakan unit penyejukan yang boleh ditanggung kerugiannya di bawah polisi kerosakan jentera yang sedang berkuat kuasa.
Kerosakan ke atas barang yang dinyatakan dalam jadual yang mengalami kemerosotan atau pembusukan berpunca daripada“kejadian yang tidak dijangkakan”
*Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.
Perisai Elektronik
Pelindungan ini menyediakan perlindungan untuk komputer dan peralatan elektronik samada sedang digunakan atau didiamkan berehat, ataupun dibongkar bagi tujuan pembersihan atau dirongkahhan atau apabila ia sedang dipindahkan di dalam premis berkenaan.
Bahagian I – Perlindungan Kerosakan Matan (PKM)
Melindungi semua pemasangan alatan logam termasuk peralatan dan aksesori sampingan.
Bahagian II – Perlindungan Media Data (PMD)
Melindungi data media seperti cakera, pita luaran di dalam sistem komputer.
Bahagian III – Kos Kerja Yang Meningkat (KKYM)
Menyediakan gantirugi untuk kenaikan kos kerja berikutan kehilangan atau kerosakan bahan dengan tanggungan kos upah peralatan lain.
*Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.
Kehilangan Untung Ekoran Daripada Kerosakan Jentera
Pelindungan ini direka untuk member perlindungan untuk kerugian akibat dari kerosakan jentera dan mestilah diambil bersama dengan Polisi Kerosakan Jentera.
Pelindungan ini menyediakan perlindungan pada kerugian untung rugi ditanggung berikutan gangguan perniagaan disebabkan oleh kerosakan jentera di bawah insurans kerosakan jentera.
*Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.
Loji & Peralatan Bergerak
Pelindungan ini direka untuk Peralatan Bergerak yang tidak dilesenkan untuk kegunaan di jalan raya. Peralatan bergerak merujuk kepada kenderaan digerakkan sendiri seperti forklift, mesin pengorek, kren bergerak, traktor dsb. Polisi ini juga sesuai untuk peralatan berat statik yang direka untuk dikendalikan di luar atau di dalam sesebuah premis.
Pelindungan ini melindungi kerugian atau kerosakan peralatan, alat tambahan dan alat gantinya yang standard atas sebab:
- Belanggar atau tebalik akibat kemalangan atau berlanggar atau terbalik akibat gangguan mekanikal.
- Kabakaran, letupan luaran, menyala dengan sendiri atau berkilat
- Pecah masuk, rompakan atau kecurian
*Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki membaharui polisi insurans anda setiap tahun.
Tangki Simpanan
Pelindungan ini menyediakan lindungan bagi kerugian atau kerosakan pada tangki-tangki simpanan anda dan kandungan di dalamnya.
Bahagian 1 – Kerosakan pada tangki
Kerosakan akibat kemalangan kepada tangki yang disebabkan oleh ledakan, membelah, pecah atau keruntuhan.
Bahagian II – Kehilangan kandungan
Kehilangan kandungan untuk mana-mana tangki ekoran kerosakan yang ditanggung di Bahagian 1
Had liabiliti – Jumlah liabiliti untuk kandungan mana-mana satu tangki tidak boleh melebihi dalam mana-mana satu tempoh insurans Jumlah Diinsuranskan yang ditetapkan terhadap tangki yang dinyatakan dalam Jadual.
*Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda dikehendaki memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun