Automotif, Kediaman & Pelancongan
Automotif
Perlindungan liabiliti ke atas pihak lain untuk kematian atau kecederaan badan, kerosakan harta pihak lain dan kemalangan atau kerosakan kebakaran terhadap kenderaan anda atau kecurian terhadap kenderaan anda.
Polisi ini melindungi:
Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?
- Kehilangan atau kerosakan terhadap kenderaan sendiri disebabkan kemalangan, kebakaran atau kecurian.
- Kematian Pihak Ketiga atau kecederaan badan.
- Kehilangan atau kerosakan harta terhadap Pihak Ketiga.
Manfaat pilihan (jika berkenaan) yang anda ingin beli dengan membayar tambahan PREMIUM:
- Kerosakan cermin
- Perlindungan liabiliti penumpang
- Peril khas seperti banjir, puting beliung, taufan, rebut, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelongsor atau tenggelam
- Mogok, kekecohan dan perhimpunan awam NOTA : (i) Adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Republik Singapura untuk memasuki negara tersebut tanpa perlindungan liabiliti penumpang di dalam insurans kenderaan anda. (ii) Tempoh perlindungan adalah setahun. Anda perlu memperbaharui perlindungan insurans setiap tahun
Kediaman
Perlindungan ini memberikan anda perlindungan untuk bangunan/kandungan anda yang hanya digunakan untuk tujuan kediaman sahaja dan meliputi kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah, atau sebarang peril yang disebut dalam polisi insurans.
Polisi ini melindungi:
Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?
Empunya Rumah
( Polisi mestilah mengandungi samada Empunya Rumah/Isi Rumah)
- Kerugian atau kerosakan bangunan anda disebabkan kebakaran, kilat dan letupan yang disebabkan oleh gas yang digunakan untuk tujuan domestik;
- Kerugian atau kerosakan kepada barangan bangunan anda disebabkan oleh pesawat udara, kesan kerosakan oleh mana-mana kenderaan jalan raya atau binatang yang tidak dimiliki atau dikawal oleh orang yang diinsuranskan atau mana-mana anggota keluarganya, angin ribut tertakluk kepada klausa yang berlebihan dan banjir, tidak termasuk kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penenggelaman atau tanah runtuh, tertakluk kepada klausa lebihan;
- Jika berlaku kecurian memecah masuk atau keluar dari bangunan secara paksaan dan keganasan.
- Tangki atau paip air meletup atau melimpah, kecuali :
- a) Berkaitan dengan setiap kerugian yang dinyatakan dalam jadual (lebihan- RM 50.00) b) Kerosakan yang berlaku dalam keadaan bangunan dibiarkan tanpa pengawasan,
- Liabiliti kepada pihak ketiga untuk kemalangan atas harta anda sehingga RM50,000.00 dan
- Kehilangan sewa (terhad kepada 10% dari jumlah yang diinsuranskan)
Isi Rumah
(Polisi mestilah mengandungi samada Empunya Rumah/Isi Rumah)
- Kerugian atau kerosakan kepada barangan isi rumah anda disebabkan kebakaran, kilat dan letupan yang disebabkan oleh gas yang digunakan untuk tujuan domestik;
- Kerugian atau kerosakan kepada barangan bangunan anda oleh pesawat udara, kesan kerosakan oleh mana-mana kenderaan jalan raya atau binatang yang tidak dimiliki atau dikawal oleh orang yang diinsuranskan atau mana-mana anggota keluarganya, angin ribut tertakluk kepada klausa yang berlebihan, gempa bumi tertakluk kepada klausa yang berlebihan dan banjir, tidak termasuk kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penenggelaman atau tanah runtuh, tertakluk kepada klausa yang berlebihan;
- Jika berlaku kecurian memecah masuk atau keluar dari bangunan secara paksaan dan keganasan.
- Tangki atau paip air meletup atau melimpah, kecuali :
- c) Berkaitan dengan setiap kerugian yang dinyatakan dalam jadual (lebihan- RM 50.00) d) Kerosakan yang berlaku dalam keadaan bangunan dibiarkan tanpa pengawasan;
- Liabiliti kepada pihak ketiga untuk kemalangan atas harta anda sehingga RM50,000.00 dan
- Kehilangan sewa (terhad kepada 10% dari jumlah yang diinsuranskan)
Perlindungan Ansuran Pinjaman Gadai Janji
(Manfaat Pilihan dan tertakluk kepada premium tambahan)
Pembaikan rumah
(Manfaat Pilihan dan tertakluk kepada premium tambahan)
Bantuan penyelenggaraan rumah / pembaikan
Insurans Tuan Tanah
(Manfaat Pilihan dan tertakluk kepada premium tambahan)
- Anda boleh memperluaskan perlindungan kepada risiko berikut dengan membayar premium tambahan:
- Penenggelaman, gelinciran tanah, rusuhan, mogok dan kerosakan yang berniat jahat; dan
- Meningkatkan had Liabiliti kepada pihak ketiga untuk kemalangan di rumah anda
- Kerosakan tidak sengaja pada kepingan kaca
- Meningkatkan Had Sewa
Pelancongan
Perlindungan ini menyediakan pampasan dan pembayaran balik bagi Orang Yang Diinsuranskan yang melakukan perjalanan di dalam dan luarnegara atas urusan pekerjaan atau percutian, sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan, perbelanjaan perubatan yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit, gangguan perjalanan dan sebarang bantuan ketika perjalanan. Di samping itu, Orang Yang Diinsuranskan juga boleh memilih untuk membeli perlindungan tambahan yang menawarkan perlindungan yang lebih meluas sekiranya anda melibatkan diri dalam apa-apa sukan/aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam polisi kontrak.
Polisi ini melindungi:
Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?
Sila rujuk kepada brosur Allianz Travel Easy untuk senarai perlindungan/faedah yang lengkap. Secara amnya, polisi ini merangkumi faedahfaedah berikut:
(a) Kemalangan Diri
(b) Perbelanjaan Perubatan yang Berkaitan
(c) Kesulitan Perjalanan
(d) Pilihan Rider